Al-Insan Foundation
Diperbadan di bawah JabatanPerdana Menteri No. Pendaftaran PPAB 20/2012

Tentang Kami
AL-INSAN FOUNDATION adalah sebuah yayasan yang diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah (PEMERBADANAN) 1952 [AKTA 258] Pindaan 2004 pada 19 Jun 2012 dengan nama PEMEGANG AMANAH AL-INSAN FOUNDATION BERDAFTAR di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dikawalselia oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).
LANGKAWI TANAH LAHIRNYA AL-INSAN FOUNDATION
AL-INSAN FOUNDATION ditubuhkan di Langkawi oleh pengasasnya Kapt. (B) Haji Abdul Rahim Darus melalui syarikatnya Langkawi Borneo Events & Promotion (No. Pendaftaran: KV 0007569–T). Asalnya ia sebuah yayasan keluarga ditabdir oleh lima orang Pemegang Amanah bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada warga yang memerlukan di Langkawi dan sekitar utara Semenanjung hasil daripada tabungan keuntungan perniagaan. Selepas dua penggal beliau berhasrat untuk mengembangkan peranan yayasan lebih luas lantas melantik tiga orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang baru berserta seorang Yang Dipertua.
VISI DAN MISI
VISI
Mengumpul sumber dana untuk membangunkan agama Allah dan pembangunan umat Islam dalam ruang litup keredaan-Nya.
MISI
Menjalin jaringan pelbagai tahap dan status masyarakat ke arah mengumpul pengusaha dan tenaga profesional untuk berbuat amal makruf dalam agenda membangun masyarakat dan negara dengan cara mencukupkan segala kekurangan, kesusahan dan penderitaan umat manusia sejagat.
OBJEKTIF YAYASAN
- Menyalurkan bantuan kepada orang perseorangan atau organisasi yang terdiri daripada anak yatim, insan fakir serta dhaif, orang kelainan upaya (OKU) dan orang yang memerlukan.
- Menampung pembangunan masjid, institusi agama dan maahad tahfiz.
- Menghantar misi kemanusiaan dalam dan luar negara kepada pelarian, mangsa perang, bencana alam, kemiskinan dan penghapusan etnik.
- Membantu pihak yang memerlukan:
- Mangsa kemalangan.
- Mangsa bencana alam.
- Pengidap penyakit kronik untuk pembiayaan khidmat pakar dan kos perubatan.
- Pelajar tercicir, tetapi masih berminat dan berdaya maju.
- Menggerakkan aktiviti dakwah ke segenap lapisan masyarakat di dalam dan luar negara.
- Menerbitkan bahan media bercetak, elektronik dan media sosial.
- Membantu belia dalam sektor perniagaan, industri, keusahawanan, perkhidmatan dan teknologi.
PERTUBUHAN/ORGANISASI DI BAWAH NAUNGAN AL-INSAN FOUNDATION
RUMAH ANAK YATIM
- Rumah Anak Yatim al-Ain, Aceh
SEKOLAH TAHFIZ
- Darul Tahfiz Sri al-Ain, Sungai Buluh
- Akademi al-Quran Mawaddah, Sentul.
- Akademi al-Quran Ai-Ain, Maran
- Maahad Tahfiz An-Najihah, Nilai
- Maahad al-Habbah, Selayang
RUMAH KEBAJIKAN
- Pertubuhan Kebajikan Baitul Jannah, Maran, Pahang
- Rumah Orang Tua Ijok
PERTUBUHAN
- Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia (No. Pendaftaran: PPM-048-10-08112018)
- Persatuan Penduduk Kg. Kubu Gajah (PPKKG), Sungai Buluh, Selangor
- Waqaf Ibnu Sina Hospital (WISH)
- Jihad Pendidikan Asia (JPA)
- Pertubuhan Kitten-Kittun Selangor & Pahang
SYARIKAT
- Citra Integrated Communications Sdn Bhd
- Akademi Hikmah cawangan Subang dan Saujana Utama