Projek
Projek Kami
KOPERASI AL-INSAN
Membangunkan KOPERASI AL-INSAN yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bertujuan menjana kewangan untuk membiayai pelbagai projek seperti di atas.
HOTEL MANAGEMENT & SERVICES
Menguruskan hotel hingga 50 bilik serta pelbagai produk pelancongan seperti perkhidmatan bot ke pulau, bot nelayan dan mengendalikan pelbagai jenis kursus. Lokasi: Langkawi
COLD STORAGE / BILIK BEKU
Membina bilik beku untuk membekalkan daging lembu dari Cuping, Perlis, kueh pau dari Ipoh, ikan dari Langkawi, Frozen Food Pak Haji dan lain-lain produk. Lokasi: Sentul, Kuala Lumpur dan Sungai Buloh, Selangor.
BENGKEL BESI
Membekal gerai burger, gerai pau, papan tanda, pintu pagar, gril, keranda, hiasan makam dan lain-lain produk besi..
PADANG RAGUT
Membangunkan 100 ekar padang ragut ruminen dengan option 100 ekar lagi pajakan 30 tahun dengan UPEN di daerah Kuala Krau, Pahang. Permohonan sudah sampai ke Pegawai Daerah dan pejabat Menteri Besar.
HALAL HUB DENGAN NEGERI CHINA
Mohon menubuhkan dan mengendalikan Halal Hub dengan negara China daripada JAKIM.
MEMBINA STESYEN AIR DI YEMEN
Membina sebuah stesyen air di Sana’a, Yemen, serta menyediakan lori tangki air untuk membekalkan air bersih ke seluruh kawasan kem pelarian perang dan masyarakat umum di Sana’a dalam usaha memerangi kemarau, kebuluran, kemiskinan, taun dan Covid-19.
PEMBANGUNAN PONDOK ELIT
Membangunkan 5 ekar tempat latihan intensif dan eksklusif, ‘Pengajian Sepanjang Hayat’ dan tempat penginapan bertaraf hotel dan chalet di Langkawi. Sasaran: Golongan elit dan pesara.
PENGURUSAN TANAH KUBUR KARIAH MASJID
Melatih pengurusan jenazah dan membekal kain kapan, batu nesan, keranda, jentera penggali kubur dan kontraktor membina dan mengendalikan tanah perkuburan dan kemudahan frasarana masjid.
MEMBANGUNKAN MAAHAD TAHFIZ TEVET KEMAHIRAN RUMINEN
Membangunkan tanah 6 ekar untuk MAAHAD TAHFIZ TEVET (TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION DAN TRAINING) KEMAHIRAN RUMINEN di daerah Kuala Krau, Pahang. Tanah sudah ada geran.